Isnin, Jun 27, 2011

Baca buku



Isnin...mulakan hari dengan senyuman
Senyum utk diri baru ceria sepanjang hari

Buat apa weekend yg lepas, sabtu dan ahad?
Ada Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall selama seminggu bermula 24 Jun-3 Julai 2011. Walau tak sebesar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tp ttp banyak syarikat2 penerbitan dan pengedar buku yg mengambil bahagian. Jadi sememangnya bnyk pilihan buku2 yg bagus2 dan menarik. Dapat diskaun lagi, boleh smpai meroyan dibuatnya tgk buku2 yg bnyak.

Sempatlah aku dan housemates2 borong buku Sabtu tu. Mmg ramai org smpai parking pn penuh, tmbah2 hujung minggu, ramai family yg dtg, anak2 semua dibawa. Kesedaran kepentingan membaca dan pencarian ilmu sememangnya semakin meningkat di kalangan masyarakat.

Buku2 sekarang pn dh pelbagai dan menarik sekali. Genre penulisan pn semakin meluas. Kertas, tulisan, dan persembahan buku pn semakin bermutu. Selak halaman buku2 sekarang, pasti ada corak2 atau motif2 menarik dlm stp helaian. Tulisan pula bukan hanya Times New Roman je, dh bnyk font2 lain. Kalau dulu novel2nya terarah pada remaja dgn cinta monyetnya, kemudian novel2 dewasa, kemudian novel cinta islami, sekarang novel utk remaja dan kanak2 pn dh bnyk.Mgkn dlu kt terlepas pandang remaja dan kanak2 blh mnjadi potential target market utk karya2 kreatif sebegini.

Aku pernah baca satu artikel dari barat, katanya dulu di barat tak ramai yg mahu menulis cerita utk bacaan kanak2 krn kononya tiada pasaran. Tp bila fenomena Harry Porter mula melanda kanak2 seluruh dunia, smpai kaya raya jadinya J.K Rowling barulah masyarakat membuka mata. Syarikat2 penerbitan mula mengalu2kn karya2 kreatif utk bacaan kanak2 dr penulis2 berbakat.

Dan mmg sepatutnya kt pupuk minat membaca ni dr kecil lg. Ibu bapa beli bahan bacaan yg sesuai dgn usia anak2. Dari usia setahun dua pn dh ada bhn bacaan utk kanak2. Boleh baca di sini utk info2 menarik. Ms kanak2 ini mindanya sedang berkembang. Yg dibaca jadi fantasi, kanak2 membayangkan dan ia boleh membentuk minda yg kreatif.

Jadi, marilah kita sama2 membaca. Bukan kanak2 saja, yg remaja, dewasa, dan tua pn still kn bnykn membaca. Kalau rs2 kt ni kurg sgt baca buku, carilah satu buku dan bacalah. Bagaimana pula kalau suka membaca tp suka bc blog? Bukankah membaca juga ke tu? {thinking: aku pn bnyk bc blog jugak sbnrnya ni, so hows? @_@}

Well, tgklah pada bhn bacaan yg kt bc tu, siapa yg menulis, apa yg ditulis, apa kesannya pd diri etc. Cerita ttg bahan bacaan ni, teringat pula ms test IELTS hr tu. Speaking test. Dpt pulak examiner foreigner, org putih, dan antara soalannya pulak ialah ttg apa yg aku baca. Cerita lain kali lah, itupn kalau aku ingat :P

Pesanan aku...read books, not facebook.



p/s: read mathematics~




1 ulasan:

topan berkata...

tak rugi membaca ni... tambah ilmu dan cambah minda... Happy reading!!! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...