Jumaat, Februari 25, 2011

Jumaat yang ceria~




Tak sangka.

Bila bc balik post yang ni,
Finale rupa2nya aku pernah terdedik, pernah kata, mungkin suatu hari nt aku akn ke sini lagi, dan stay lebih lama.

Walaupn bukan di institut yang sama tapi tetap di bwh organisasi yang sama.


Seperti yang dikata.
Aku aku dtg kembali ke tempat ini, dan mungkin untuk jangka masa yg lebih pnjang, untuk curahkan bakti kini.

Dan tak sangka, disaat hari ini aku terbaca balik post tersebut, hari ni, aku pakai baju yg sama spt dlm gambar, tp bertudung hitam.


Unexpected.


Unsuspected.


But sometimes encounter something unsuspected can be a wonderful thing~

Hari ni, Jumaat...produktiviti diri sedang meningkat naik, dengan penuh semangat.
Kan bagus andai stp hari begini, lebih2 lg hari isnin.

Alhamdulillah begini...



p/s: mahu berhujung minggu di IIUM~

Perisai




Ini serius~




Sistem imunisasi sudah tidak mampu menahan serangan virus2 yang sedang bermaharajalela dalam senyap.



Seek for protection -

@ antivirus
@ insurance
@ Merong Mahawangsa
@ cybercorp
@ .....




Khamis, Februari 24, 2011

Yang Terindah

Diubahsuai dr OST AdamMaya

Aku:

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kini setelah hampir 5 tahun...

Dia:

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mmg tiada yg sempurna dlm hidup ini melainkan Sang Pencipta. Andai ada yang sempurna pasti lambat laun akan sampai juga ajalnya.

Aku: Ingatkan dapat ku...

Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kini kupasrah segalanya.

Nak marah pn dh tak boleh.

Nak lupakan sayang.

Nak buang tak sanggup.

Tapi geram.

Dan berang.

Emosi terganggu.

Kerja terbengkalai.

Tunggu la aku cari pengganti yg baru, baru tau.

Selamat tinggal Mr Grey.

Dah takde daya aku nk pujuk. Mungkin harus diugut pulak. Sakitnya hati bila kamu buat hal di kala kerja sdg bnyk! Dan semua fail hnya pada kamu MrGrey! Tau tak!
Tapi terima kasih utk jasa kamu selama ni. Takkan ku lupa.
Mr Grey tetap laptop kesayangan.

~sighh~

kalau broadband boleh pngl dgn nama manja beruk-ben.
kalau laptop??? lempeng punye laptop.

@#$%^&*





Rabu, Februari 23, 2011

Ada2 saja~

Just look at me...don't stare...

Dan tgk whiteboard la...

No need replacement class coz we are on track...

Tak perlu kecewa sdgkn kelas yg ada ni pn masuk lambat...

Dan jgn la test "kakak" ni...

Rajin pulak bw soalan yg download kt internet yg xde dlm silibus...

Tp soalan tutorial xde pulak nk siapkan...

Rajin dtg blk bertanya soalan...

Tp soalan dr internet yg mmg xblajar...

Tp takpe, jawapan boleh cari tp kn tunggu...



Senget la bdk2 ni~


p/s: berbilang bangsa tp nasib baik xde cina, lalala~

Isnin, Februari 21, 2011

Utusan rindu utk BJ~


Dear BJ,


Pagi ini rindu kamu semua. Harap kamu semua sihat2 selalu.

Tgk status Ifat kt YM pg ni, mcm monday blues sje. Jgn monday blues pg2 isnin ni, semangat2! Bagus, Ifat dengar walopn xckp. Statusnya dh berubah jadi "baek kakaf! (^^)", hihihi

Status Asma' kt fb pulak, bagus! Penuh dgn semangat! Nak blajar rajin gila mgu ni dan bg reward kt dr sndri! Bagus2! Mahu ikut mcm Asma', kn rajin gila ni.

Sulha pulak, sdg menikmati keindahan makhluk ciptaan Tuhan yg buatkn hati jadi cair agaknya, hihihi... melting too, haks!

Aini, agaknya sibuk hr ni, xde update yg baru. Masih dengan rindunya kala hujan, pada siapa agaknya, berahsia sungguh dia.

Rukiah, juga tak tahu apa ceritanya. Busy sgt dgn researchnya tu, pulun nak siapkn thn ni jugak. Bagus2! Kalau tension2 jgn lupa mkn coklat Beryls tu, dh kirimkn pd Timah dan bayar pada dia ye. Hee

Dan Yati, apa khabar kamu sekarang ya? Harap dpt sesuaikan diri d tpt baru tu. Walopn jauh di pedalaman, jauh dari famili, jauh dari tunang, harap dpt bertahan ye dear. Tabahlah hati. Kuatkan emosi. Berjauhan mengajar erti rindu, tp semangatlah wahai Yati.

Smg Belahan2 Jiwaku (BJ) ini sentiasa dlm rahmat dan lindungan Illahi. Moga dipermudahkan segala urusan dan jgn cepat putus asa dgn dugaan hidup.

Dan teman2 lain juga, moga kamu semua juga sedang menikmati bahagia. Ceria2 dan senyum selalu, utk diri kamu sendiri juga. ^^



p/s: sedang susun memori dlm minda, sedikit bersepah dan bersawang rsnya~

Monday morning

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari isnin yg bagus sekali!

Pagi2 bangun tdo je air xde!Camne nk amk wudhu', mandi...
Surau taman pn xde air, dh sah satu tmn xde air pg ni.

Maka bersiap2 kms sgla brg yg perlu, nak p rmh K.Siti di kala azan subuh msh belum berkumandang. Tp tgk2 kunci rmh K.Siti pulak dgn adik dia terbawa balik smpai ke Nilai semalam. Adush! K.Siti pn br sedar pg tu, heheh.

Jadi kn tukar plan p rmh Along. Smpai saja sna br igt tak terambik baju nak p kerja pg ni, huhuk...Jadi lps solat dan bersihkn dr kt rmh Along kn balik rumah balik tukar pakaian. Harus kn tempuh jem nk balik rumah time2 mcm ni, nasib baik lalu hiway biarpn jauh skt tp xjem sgt.

Hr ni lmbt 15 mint punch in, huhu...

Tp hr ini Isnin yg bagus sekali! I feel good!^^



p/s: kisah hr jumaat lepas yg sgt best di La Rizz dan Warta ^^

Jumaat, Februari 18, 2011

Sayang blog






My dear blog...



Saya sayang kamu~

- af -








Khamis, Februari 17, 2011

Menabung masa




Andai aku boleh menabung masa

Andai masa boleh ditabung

Andai boleh ditabung masa

Andai menabung masa aku boleh

Bolehkah?

Yang pasti boleh masa jangan dibazirkan


(+__+)



Pekara yang mula2 buat bila online



Apa yang pertama kali kamu buat bila online?

aku:

- selalu online kt ofis, xde brodben, kalau terpksa sgt nk online pkai je hset wat modem subscribe celcom brodben utk 24jam.

- pagi2 online mula2 skali akn buka email jabatan, penting ni sbb dr cni disalurkan semua maklumat utk semua staf2 jabatan.

- pastu buka e-news faculty, dan segala site penting yg berkaitan dgn jabatan, fakulti, dan organisasi. (fuh, ayat!)

- lps tu buka emel yahoo, ym, reply emel mn yg perlu. tp selalunya xde.

- buka fb skjp2 tgk update kwn2. tahu prkembangan masing. fb x boleh lama2, addicted@bosan.

- yg plg suka, buka blog ni! ke dashboard dan bc blog2 yg di follow. mostly blog2 teman2 sepengajian. salah satu cara utk ikuti prkembangan teman2 walau xsempat bertanya khabar, setidak2nya msg2 ada cerita yg dikongsi.

- buka malaysiakini, atau utusan online, tp tak selalu, hehe

- chatting bila available

itu antara perkara pertama yg dibuat bila online.

rs spt cara online aku ni x mengamalkn gaya hidup yg sihat. andai online itu suatu benda hidup, msti online aku ada masalah kesihatan atau obesiti.


[rs seperti sedang membuang masa... = ( ]



p/s: gunakan teknologi secara bijak~


Rabu, Februari 16, 2011

12 Rabiul Awal






صلى اللهُ على محمدٍ صلى اللهُ عليهِ وسلم





Secret letter for someone special...



Dear Afzan...

Apa khabar kamu sekarang? Sudah lama tak bertanya khabar rsnya. Bagaimana dgn kerjaya, kehidupan, dan teman2 kamu kini? Dengarnya segala urusanmu dipermudahkan Allah dan berjalan lancar sekali. Kamu juga dikelilingi org yang baik2. Alhamdulillah, jangan lupa panjatkan syukur padaNya ya. Syukur harus setiap masa. Seringkali kamu diberi nikmat dan sentiasa bernasib baik. Tp ingat nikmat itu juga satu ujian, mohon dijauhan dari istidraj.

Sekadar hnya mahu bertanya khabar. Nmpknya setakat ni kamu masih mampu uruskan segalanya dengan baik. Alhamdulillah...baguslah begitu. Kamu yang sekarang harus lebih baik dari dulu. Jadi kekalkn dan tingkatkan nilai2 yg baik dan positif yg kamu ada. Dan sikap2 yg buruk dan negatif yg kamu ada harus kamu ubah.

Bagaimana rasanya alam kerjaya? Dulu sering kamu mengeluh, rindu pada kampung halaman, rindu bila berjauhan dari keluarga, rasa inferiority, masih belum dapat sesuaikan diri dgn suasana dan rakan2 sekerja yg baru, tanpa teman2 yg selalu menemani, dan segala mcm rasa. Bagaimana kini, masihkah ada rasa seperti itu? Mungkin masih ada tp kamu boleh hadapinya kan?

Sekadar untuk ingatkan kembali, kamu katakan high risk high return. Kerana itu kamu berani hadapi risiko. Walaupun kamu bukan risk taker tapi kamu juga bukan risk averse, betul kan? Kerana bagi kamu selagi belum hadapi sendiri maka selagi itu kamu tidak akan tahu. Sbb itu kamu tak mudah mendengar cakap orang walaupun kamu mmg seorang yg mudah dipengaruhi dan fleksibel. Kamu selalu bersikap rasional, tapi err..mungkin kamu sebenarnya ambil mudah setiap perkara? Betul kah begitu?

Tak apalah, betul atau tidak itu tidak penting. Yang penting kamu yakin dgn stp keputusan yg tlh kamu ambil dan jangan menyesal kelak. (alah, kalau kamu menyesal pn tak ada apa yg perlu dirisaukan sbb kamu tahu itu risikonya, sbb kamu perasaannya kurang, sbb kamu selau berkeras dgn hati, sbb kamu boleh let it go). Dan yg plg utama sbb kamu ada Dia, kan? Itu rahsia antara kamu dan Dia.

Ingat, walau apapun keadaan, kamu ada Dia, Dia sentiasa ada utk kamu. Tapi jangan kamu hnya ingat Dia bila susah. Malulah padaNya.

Mungkin setakat ini dulu ingatan utk kamu. Lain masa andai kamu kulihat perlu utk terima surat rahsia ini, maka akan kukirimkan lagi buatmu. Sebelum itu, pesanku, ingat kembali sewaktu kamu ambl AA dulu, biarpun senior2 kata AA lbh susah dari VA, tapi bila kamu hadapinya bagi kamu AA lbh senang dr VA. Biarlah walau kamu seorg sj yg kata AA lbh senang dr VA, hanya kamu yg tahu. Kamu sndiri tak percaya kn?

Sekian smpai di sini saja. Mohon undur diri dulu. Wassalam.

Yours sincerely,

- af -


p/s: surat untuk aku...dari aku...sempena genap sebulan dr hari istimewa 1601



Isnin, Februari 14, 2011

Bulan dan Bintang



Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi


Jumaat, Februari 11, 2011

Berangan

Berangan.
Tak salah.
Tapi kalau terlebih berangan...
Fikiran melayang...

Kisah suka duka bila fikiran melayang...~

Suatu hari aku blk keje di ptg jumaat. Rasa nk blk rumah makcik jd lps kerja amk teksi ke stsn komtr. Dlm teksi biasala, layan blues sementara nk smpai ke stsn komtr. Dh la penat br blk keje, jd rehatkan fikiran la.

Dekat2 nk smpai stsn komtr aku dgr pakcik teksi tu ckp lbh kurang camni bunyinye, "hr ni ramai orang la,jem". Aku tgk jln mmg tgh jem pn time tu, jadi dgn ramahnya aku pn cakapla "time org blk keje, mmg jemla jln". Pkcik tu ckp lg, "jlm jem, nk gerak pn ssh". Aku layan je la pkcik tu ckp, "tmbah2 hr jumaat, sume org nk blk".

Pastu kn pkcik tu pndang blakang, tgk aku. Pastu dia buat isyarat dgn tgn dia smbil bercakap tanpa bunyi "sy tgh bcakap dgn org kt tepon ni".

Ces! Malunya! Rs nk terus buka pintu teksi tu terjun keluar je! Tu la berangan sgt! Padahal aku dh dgr pn hset pkcik tu bebunyi sblm ni. Wat malu je, nak cover pn dh xsmpat sbb dh nk smpai. Jadi bayar tmbang dan terus turun je la. Wuuu...malu~

Satu lagi kesah, hr rabu baru2 ni je.

Pagi tu ada kls tutorial kt BT3 kt level 3. Lps kls aku ada kls lain kt tpt yg sama. Krn stdt msh nk bincang soalan tutorial maka terpaksalah aku cr satu kls lain yg kosong. So aku mtk stdt tgu jap kt luar cls, bagi stdt cls lagi satu tu masuk, tgu aku p ofis tgk jadual if ada cls yg kosong.

Keluar sj cls aku terus naik tangga nk g ofis. Dh la kt luar cls tu tgh penuh dgn stdt yg tgu nak msk cls. Kiri kanan tangga tu pn ada org duduk. Pastu dh nk smpai ats br aku sedar ofis kt tgkt bawah. Kat ats dh xde tingkat, terus naik ke bumbung!

Maka dgn rs nk gelaknya + malu, aku pn trnla tangga balik. Rs nk gelak je. Patutla stdt2 tu tgk aku semacam je, mst diorg igt aku ni nk g mane la, buat ape la nk naik ats bumbung tu. Turun2 je aku senyum je la kt bdk2 tu, yg duduk2 tepi tangga td, yg berdiri, sume pndang aku turun.
hahaha...malu je, diorg pn ada yg gelakkn aku cover2.

Nk cover aku senyum je, pastu aku cakap la, "igtkn tgkt 2 kt ats, nak nek ofis, blk sy kt tgkt satu selalu nak g ofis kn naik ats, xigt pulak ni tgkt 3, hehehe"

Dorg senyum je...dlm hati aku terasa mahu gelak guling2!
Wat malu dpn bdk je. Sesat kt jabatan sendiri. Hihihik!


Sampai sekarang masih rs nk gelak kalau igt peristiwa2 tu. Bukan sekali dua ni je, dh beberapa kali. hohoho...kerana kalut dan fikiran melayang~


Selasa, Februari 08, 2011

Bulat



Bulat dah pergi...utk selamanya...

Dulu Bulat mmg bulat. Sbb tu kot dipanggil Bulat. Tak selalu buat hal. Cuma biasa la nakal2 skt. Ateh syg sgt kt Bulat. Sbb tu kalau Ateh cakap sekali je Bulat ikut. Kalau org lain cakap Bulat buat endah tak endah je, tak layan.

Tp akhir tahun lepas ada sesuatu terjadi pd Bulat. Tgk Bulat berjalan terhincut2. Sblh kakinya ada kesan kena gigit. Tapi x siapa yg tahu apa yg berlaku. Masing2 buat andaian mungkin Bulat gaduh dgn Cici, pastu kn gigit. Cici tu mmg mcm tu, asyk nk cr pasal je. Yang Bulat ni pun satu, ingat boleh menang ke lawan dgn Cici tu. Hai Bulat...

Ingatkan sakit Bulat sementara je. Tp rupa2nya makin melarat. Tak lama kemudian dgr Bulat cam batuk2, bernafas pn bunyi kuat. Makan pn dh tak selera, syik menyendiri je, mcm layan blues. Lemah je tengoknye. Badannya pn makin susut. Kusut masai je. Bagi makanan sedap2 dan special pn dh tak lalu. Smpai ada pulak yg termakan lauk yg Ateh buat utk Bulat.

Pastu mkin lama sakit Bulat makin teruk. Mcm ada kesan gigitan baru. Yg kesan gigitan lama msh x sembuh2. Muka Bulat pn dh teruk, hidung, mulut ada kesan2 darah. Dan baunya pn....mmg tak tahan, ada bau hanyir darah. Teruk betul Bulat. Nak bw jumpa dr vet xsempat, xde yg sempat nk bw p klnk.

Hanya Ateh je yg tahan dgn Bulat. Lapkan darah kt muka, hidung, bagi makan, biarpun terpaksa tahan bau busuk.

Dan semalam akhirnya Ateh bw Bulat jumpa dr vet kt UPM.
Dr kt penyakit Bulat dh kronik. Tak tau la nk kt barah ke apa. Possibility utk sembuh rendah. Pastu pnyakit ni blh infect kt manusia kalau kn gigit atau cakar. Cuma ada 2 pilihan je, bagi ubat kt Bulat yg mn kesan ubat tu plak blh buatkn manusia jadi mandul atau dimatikan Bulat.

Buat Ateh yg syg sgt kt Bulat dh tak tahu nk buat mcmn. Bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapak. Keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Mmg suatu pilihan yg sukar.
Akhirnya direlakan Bulat dimatikan jugak. Diberi suntikan ubat tidur, tp dlm dos yg berlebihan.

Maka petang semalamnya tamatlah riwayat hidup Bulat.

Tp yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek.
Patah tumbuh hilang berganti.

Itulah kisah hidup Bulat, seekor kucing warna kelabu yang cool.

Berbuat baiklah walaupun dgn haiwan, makhluk Tuhan juga..


*Cici - anjing warna coklat yg suka kacau orang, kaki lepak, dan berlagak mcm pak guard.


p/s: smg Ateh tak sedeh2 lg...

Doa



Tazkirah usai subuh pg td...


Ttg DOA...

Yg dipetik drmajalah solusi edisi 28.


"Terhalangnya hati daripada berdoa itu lebih malang dari doa yg idak makbul"


Berdoa itu suatu nikmat dari Allah.

Nikmat.
Ya nikmat.

Jadi bersyukurlah mereka yg selalu berdoa.

Sbb kadang2 kita mls berdoa, nak cepat, ada hal la.

Rupa2 doa itu suatu nikmat.

Jadi bl kt malas berdoa itu hilang satu nikmat yg Allah bagi.
Mungkin kt xnmpak doa itu suatu nikmat spt kita nmpak kesihatan/kekayaan/kejayaan suatu nikmat.


Diberi kekuatan utk berdoa itu nikmat.


Hilangnya nikmat berdoa itu lebih malang dr doa yg tidak makbul.


Malas berdoa, tanda org yg sombong...sedangkan Allah lagi suka pd hamba2Nya yg berdoa pd Dia, yg memohon dan meminta pd Dia, sbb Dia Maha Kaya.




p/s: muhasabah diri...isk

Selasa, Februari 01, 2011

Februari 2011

1 Februari 2011
Cuti rupenye sempena hari wilayah
Tp bukan Selangor
Maka di sini tak cuti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...