Rabu, Februari 16, 2011

Secret letter for someone special...



Dear Afzan...

Apa khabar kamu sekarang? Sudah lama tak bertanya khabar rsnya. Bagaimana dgn kerjaya, kehidupan, dan teman2 kamu kini? Dengarnya segala urusanmu dipermudahkan Allah dan berjalan lancar sekali. Kamu juga dikelilingi org yang baik2. Alhamdulillah, jangan lupa panjatkan syukur padaNya ya. Syukur harus setiap masa. Seringkali kamu diberi nikmat dan sentiasa bernasib baik. Tp ingat nikmat itu juga satu ujian, mohon dijauhan dari istidraj.

Sekadar hnya mahu bertanya khabar. Nmpknya setakat ni kamu masih mampu uruskan segalanya dengan baik. Alhamdulillah...baguslah begitu. Kamu yang sekarang harus lebih baik dari dulu. Jadi kekalkn dan tingkatkan nilai2 yg baik dan positif yg kamu ada. Dan sikap2 yg buruk dan negatif yg kamu ada harus kamu ubah.

Bagaimana rasanya alam kerjaya? Dulu sering kamu mengeluh, rindu pada kampung halaman, rindu bila berjauhan dari keluarga, rasa inferiority, masih belum dapat sesuaikan diri dgn suasana dan rakan2 sekerja yg baru, tanpa teman2 yg selalu menemani, dan segala mcm rasa. Bagaimana kini, masihkah ada rasa seperti itu? Mungkin masih ada tp kamu boleh hadapinya kan?

Sekadar untuk ingatkan kembali, kamu katakan high risk high return. Kerana itu kamu berani hadapi risiko. Walaupun kamu bukan risk taker tapi kamu juga bukan risk averse, betul kan? Kerana bagi kamu selagi belum hadapi sendiri maka selagi itu kamu tidak akan tahu. Sbb itu kamu tak mudah mendengar cakap orang walaupun kamu mmg seorang yg mudah dipengaruhi dan fleksibel. Kamu selalu bersikap rasional, tapi err..mungkin kamu sebenarnya ambil mudah setiap perkara? Betul kah begitu?

Tak apalah, betul atau tidak itu tidak penting. Yang penting kamu yakin dgn stp keputusan yg tlh kamu ambil dan jangan menyesal kelak. (alah, kalau kamu menyesal pn tak ada apa yg perlu dirisaukan sbb kamu tahu itu risikonya, sbb kamu perasaannya kurang, sbb kamu selau berkeras dgn hati, sbb kamu boleh let it go). Dan yg plg utama sbb kamu ada Dia, kan? Itu rahsia antara kamu dan Dia.

Ingat, walau apapun keadaan, kamu ada Dia, Dia sentiasa ada utk kamu. Tapi jangan kamu hnya ingat Dia bila susah. Malulah padaNya.

Mungkin setakat ini dulu ingatan utk kamu. Lain masa andai kamu kulihat perlu utk terima surat rahsia ini, maka akan kukirimkan lagi buatmu. Sebelum itu, pesanku, ingat kembali sewaktu kamu ambl AA dulu, biarpun senior2 kata AA lbh susah dari VA, tapi bila kamu hadapinya bagi kamu AA lbh senang dr VA. Biarlah walau kamu seorg sj yg kata AA lbh senang dr VA, hanya kamu yg tahu. Kamu sndiri tak percaya kn?

Sekian smpai di sini saja. Mohon undur diri dulu. Wassalam.

Yours sincerely,

- af -


p/s: surat untuk aku...dari aku...sempena genap sebulan dr hari istimewa 1601



7 ulasan:

Suhaila Bahrom berkata...

seronok membaca kisah hidup seorang yg bernama Nur Afzan...

Aff berkata...

suhaila

hihihi...ada2 saje kamu ;)

warna warni kehidupan,perbezaan itu yg indah,hee

Tanpa Nama berkata...

i like its..=)

sifaza berkata...

kamu yang keras hati...kamu yang ambil mudah..errrr... =P

all da best! =)

Aff berkata...

sifaza

errr...ye la, xkn xknl lg?hihi

sifaza berkata...

eh... xknal la..sape ni?? =P
ayat yang indah, nasihat yang juga sedap dibaca juga mungkin didengar...
puitis sungguh warkahnya...ecece... =)

Aff berkata...

sifaza

nasihat utk diri sndri,kalau timah ada boleh juga tlg nasihatkn aq, lama x dgr mutiara kata timah.

dan

ehem2..well...biasalah,aq kn bdk sastera...hihi ;)


p/s: tolong nasihatkan aku teman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...