Rabu, September 29, 2010

Ada cerita utk dikenang...

Esok nk g UIA, konvo isnin ni. Tunggu konvo stay je dlu kt uia tu. Boleh jln2, tgk2 aktvt ape ade kt cna. Convo Fiesta '10.

Teringat masa 1st yr dlu, masa konvo. Blh dikata tiap2 malam sepanjang minggu konvo aku g Convest Hill, jln2, makan2, lepak2, usha2, enjoying dgn BJ, dgn rumet. Macam2 ada kt cna. Nk makan, nk shopping, nk tgk performance sume ada. Kalo ada event yg best mmg xterlepas. Kol 8pm pas magrib nek bus dr mahallah g convest hill. Kalo xsempat nek bas sanggup jalan kaki, menapak nk smpai convest hill tu. Balik pn jln kaki, amk angin mlm. Penat tp hepi.

Dan selalunye Asma' xdpt join same sbb dia on duty Task Force kt cna. Dr petang smpai lewat mlm. Tapi smbil2 on duty pn msh sempat jugak ktorg "pinjam" Asma' jap bw g makan, jln2. Paling xleh lupa projek xsengaja aku & Yati. Ehem2...temankn yati (selaku secret admire Mr President SRC masa tu) ekori dia snyap2 dr blkg,hihik =p (yati jgn marah tau,hehe)

Lagi satu yg xleh lupa, jd flower girl dgn Yati ms konvo, hehe... Ms hari konvo hujung minggu aku tlg spupu aku jual bunga dgn Yati. Illegal! Heheh...berani2 je masa tu. Walopn 2 hr je tp dpt untung bnyk! Jadi bnykla komisyen aku & yati dapat, hehe... Dan lg best sbb smbil2 jual bunga tu dpt tgk muka2 gembira kakak2 & abang2 yg trm scroll, tgk muka2 bahagia mak ayah & family diorg. Masa tu rs bestnye dpt konvo, rs xsabar nk tunggu konvo sendiri.

Kini, smpai juga masa yg ditunggu. Dh habis akhirnya degree 4thn kt uia ni, plus matik uia 2thn. Enam tahun, utk dapatkn scroll in Math ni. Moga2 dgn ilmu yg aku dh blajar slama ni dpt aku manfaatkn, dapt jadikan aku manusia yg dpt memberi manfaat pd org lain.

Macam2 rasa ada nk konvo ni. Gembira, terharu, sedih, sume ada.

Masa kt matrik, MCIIUM 2004-2006. Dengan sume BJ yg satu kelas dr dlu, dak2 Physical Sc. yg exempted B. Arab.

Last day Taaruf Week ms 1st yr kt Gombak. 2006

Dan sekarang, 2010. Masa berlalu dan ada yng berubah.



p/s: IIUM Convocation 2010 - Hadiah utk mama & abah. Ada riak yang buatkan aku tersentuh hati bila lihat wajah bahagia mereka saat menunggu hari bersejarah nt. (T_T)

Selasa, September 28, 2010

Menghitung hari


Menunggu hari konvokesyen...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nerves plak rasa...hehe

Nak testing robe, mortat board & hood dlu. Hihik ;D
Raptai konvo xde rsnya. Kn praktis sndiri...heheh


Isnin, September 27, 2010

Ceritera


Sabtu

Alhamdulillah, dh setel urusan amk robe. Dan errr...terpengaruh jugak dgn offer2 yg sememangnya target marketnya utk bakal graduan ni, heh. (-_-)~
Sempat jugak bermalam semalaman di rumah temanku yg satu ni, setelah dipujuk olehnya berkali2, terima kasih bnyk2 ya Timah. Ku tunggu kedatanganmu pula nanti,hehe ^^

Ahad
Kuar pg2 dr KKB ke KL Central, terus lunch di sini, dan balik UIA, dgn Timah. Then amk brg2 kt blk adk aku, terus ke KL Central lg. Sempat jumpa sepupuku kt sini. Terima kasih sgt2 kerana tolong belikan tiket dan sgt mengambil berat. Terima kasih ya ^^


Dan ada sesuatu...
Masa nk solat magrib kt surau KLCentral tu, ada sorg pkcik tegur aku, tp xlah tua sgt. Nk diringkaskan cerita, dia kt beg dia kn curi ms tgh solat kt surau tu. So skrg dia xde ape2, wallet, hpone, sume hilang. Dan dia xtau nk wt cmne, walaupun malu tp terpaksa tnya sape2 yg dpt pjmkn duit wat tambang blk Bangi. Nanti dibayar dgn masukn topup.
Dan aku...nk percaya ke tak ni?kalau ni semua tipu?tp kesian pulak...org tu pn nmpk mcm xtentu arah dh. Jadi tolong setakat yg termampu sajalah...moga2 dapatlah dia balik, tp kalu kn tipu pn redha sajalah.

Lepas solat, amk ktm ke H.putra. Bas jam 9.30pm, lmbt lg. Bdn dh penat, seharian travel.
Bila bas dh smpai terus aku naik, seat blkg. Then tiba2 ada sorg bdk laki dtg duduk seat blkg aku dan terus tnya aku nk trn mana. Diringkaskan, dia kt dia terlepas bas jam 9pm. Bila nk naik bas 9.30pm ni driver bas tahan tiket dia, dia kn bayar lain, dia xde duit nk bayar, dan dia nk aku tlg bayarkn dlu utk dia. Err...haruskah aku percaya? Bila aku tnya xkn dia xada duit langsung? Dia kt mmg xde...err...logik kah? Kesian dan rs serba salah. Bdk tu pulak ckp cepat sgt smpai lbh 5 kali aku suh dia ulang, itupn masih xjelas, mumbling, tp faham la skt2. Last2 dia tnya aku fhm tak ape dia ckp? Bila aku suh dia ulang lg dia kt xpelah, dia tnya org lain. Huhu...maaf dik.


*Mama kata mungkin Tuhan nk uji aku...mmm...mmg seharusnya aku diuji. Terima kasih Tuhan.

Khamis, September 23, 2010

Mula


Esok pagi ke KL.
Dan setelkan phase II before convocation day.
Harap xlama psosesnya.



*mmm...

Selasa, September 21, 2010

Hmmm







Yes...I do

And...even more...







Sabtu, September 18, 2010

Sepi...


Bisikku pada bulan

Kembalikan temanku...

kekasihku...syurgaku...

Tanpa dia malam menemaniku

Sepi memelukku


Bulan jangan biar siang

Biar alam ini kelam

Biar ia sepi sepertiku


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


*bila semua tiada...

Jumaat, September 17, 2010

One moment...


Luaran.....................kita dgn manusia...
Dalaman..................kita dengan Tuhan...



p/s: terima kasih...

Rabu, September 08, 2010

Salam Lebaran..


Mohon maaf buat semua, buat keluarga dan teman2,
dengan tulus dari hati,

kepada kamu yang selalu menemani,
kepada kamu yang selalu di hati,
kepada kamu yang sentiasa di sisi,

kepada kamu yang singgah di sini,
kepada kamu yang mengikuti blog ini,
kepada kamu yang hanya membaca entry...

mohon maaf salah dan silap
tutur kata, emosi dan perilaku yang tak menyenangkan selama ini...
harap dimaafkan setulus hati...

Selamat menyambut hari raya...
smg kita sentiasa dalam lindunganNya


SALAM AIDILFITRI, 2010

Ahad, September 05, 2010

Tak lama lagi...

September...
Lagi beberapa hari Ramadhan nk berakhir
Lagi beberapa hari Syawal akn menjelang tiba
Yg darjah 6...lagi beberapa hari nk UPSR


Dan lagi sebulan, majlis konvokesyen IIUM ke-26 akn berlangsung.
Alhamdulillah, dapat jugak grad slps 4 tahun berhempas pulas menuntut ilmu. Tunggu konvo bulan Oktober 2010 ni je nk dpt scroll. Convocation days stat 2-3 Oktober 2010, Sabtu-Isnin. Yang kurang best nye, konvo Kulliyyah of Science hari Isnin, 4/10/10, sesi last, sesi ke-5, pagi, last day, weekday. Yang dh kerja kn amk cuti la utk konvo. Err, nasib baik aku msh free skrg, tp kalau dh dpt kerja....???


Hari bersejarah utk diri sendiri, hari bahagia, msti kita nk kongsi dgn org2 yg kita syg. Kalau boleh nk semua org datang, 1 family hadir, sanak saudara, suami/isteri/anak2 bg yg dh ada, "si dia", mrk2 yg terdekat, juga kawan2 kn. (^_^)v
Tak sabar nk jumpa BJ, dan kwn2 semua ms konvo nt!

September ni kn setelkan mana yg patut. Clearance dh buat awal2 hr tu. Skrg ni nk kn isi Tracer Study dan MOHE forms, juga robe form. 25-26/9/10 ni tarikh amk robe, jadi harus turun Gombak. Kn amk robe awal2 ni, kalo tak takut tak sempat dapat saiz yg sesuai. Sminggu pastu konvo, emm..lps amk robe nk blk rmh dlu @ stay kt cna smpai konvo? Kn save budget ni, sbb nk shopping kt convest,heheh ;p

p/s: andai tak keberatan...

Moga ceria ^^


...Selamat berhujung minggu semua...
Smg ceria selalu
(^_^)

Sabtu, September 04, 2010

Selamat pagi ^^



Selamat pagi...
Salam mesra dan salam sejahtera utk semua...
Mulakan hari dengan senyuman, moga bahagia sepanjang hari (^_^)


Rabu, September 01, 2010

Malam Istimewa...


Selamat pagi semua...
Bagaimana hari2 terakhir Ramadhan kita?

Masih semangat utk merebut segala ganjaran dan keistimewaan di bulan mulia ini?
Lagi2 sekarang dh masuk penghujung Ramadhan. Dan pada 10 mlm terakhir ini adanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam Al-Qadr.


LAILATULQADAR.


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Al-Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Padanya turun Malaikat dan Ruh dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar" (AL-Qadr)

Maka perbanyakkan amal ibadah; iktikaf, tilawah al-quran, solat tarawih, zikir, istighfar, berdoa, muhasabah diri dan sebagainya, di siang dan malam hari. Aduhai, aku bagaimana? Ramadhanku, puasaku, lebih baik dari sebelumnyakah? Janganlah ada rs malas bagiku utk tingkakan amal.


* Dan diri ini masih banyak yang perlu diperbetulkan. Mengharapkan maghfirahMu Tuhan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...