220811
Alhamdulillah, syukur pada Tuhan.
Pada hari ini secara rasminya aku kembali bergelar pelajar. Pelajar postgrad.
Maka akn bermula kembali perjalanan sbg seorang pelajar. Kali ini liku yg akn dilalui pasti berbeza dari yg sebelumnya. Lebih mencabar, lebih banyak ranjau dan dugaan, dan seharusnya perlukan lebih kesabaran, ketabahan, dan semestinya pergantungan pada Dia.
Aku khabarkan pada abah dan mama tercinta di kampung tentang pendaftaran hari ini. Ucapan tahniah, rasa syukur, dan doa aku terima daripada mereka berdua. Namun, dalam kegembiraan, hatiku disentuh rasa pilu dan sayu saat membaca mesej dari abah. Di akhir mesejnya abah mohon maaf ats segala kesilapan abah.
Duhai ayahanda, apakah anakandamu ini layak menerima permohonan maaf darimu? Sesungguhnya tidak! Selayaknya anakanda ini yang sujud memohon ampun dan maaf darimu. Bukan ayahanda! Betapa adanya anakanda di sini, siapa anakanda kini, adalah kerana berkat doa dan asuhan ayahanda dan bonda! Ayahanda dan bonda tiada dosa tiada salah pada anakanda. Malah ayahanda dan bonda dunia anakanda. Ampunkan anakanda ini. Isk (T_T)
Bismillahirrahmanirrahim...
"Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam."
Wahyu pertama yang diturunkan pada RasulNya. Iqraq...bacalah. Mengapa Iqraq?
Kerana membaca itu sumber ilmu. Betapa Allah meletakkan kepentingan menuntut ilmu melalui perintahnya ini, disuruhnya kita membaca. Bacalah! suatu perintah. Dan bukan sekadar membaca, tetapi bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Betapa membaca dan pengkajian ilmu perlu didasari dengan Tauhid, yang menjadi asas kegemilangan ilmuan Islam suatu ketika dulu.
Dan wahyu pertama inilah, iqraq, yang menjadi falsafah IIUM yang aku cintai. Dan aku bawa bersama falsafah ini, terapkan di tempat baru kini.
Kini bersama teman sepengajian, Miss Suhaila, meneruskan perjalanan meneroka ilmu di gedung "Berilmu Berbakti" juga bersama2 teman2 baru.
Yang pasti, proses pencarian ilmu itu tidak terhenti di saat menerima segulung ijazah, atau bila tidak lagi bergelar pelajar. Pencarian ilmu itu perlukan sepanjang hayat. Gelaran pelajar hanya formality.
Semoga Allah permudahkan perjalan aku dan teman2 yg lain.
Insyaallah.
Doakan aku.
1 ulasan:
Bru baca post ni.....ada nama sue di situ.....hehe...thanks kak atas segalanya.....
Catat Ulasan