Isnin, Ogos 22, 2011

Bermula episod baru



220811
Alhamdulillah, syukur pada Tuhan.
Pada hari ini secara rasminya aku kembali bergelar pelajar. Pelajar postgrad.
Maka akn bermula kembali perjalanan sbg seorang pelajar. Kali ini liku yg akn dilalui pasti berbeza dari yg sebelumnya. Lebih mencabar, lebih banyak ranjau dan dugaan, dan seharusnya perlukan lebih kesabaran, ketabahan, dan semestinya pergantungan pada Dia.

Aku khabarkan pada abah dan mama tercinta di kampung tentang pendaftaran hari ini. Ucapan tahniah, rasa syukur, dan doa aku terima daripada mereka berdua. Namun, dalam kegembiraan, hatiku disentuh rasa pilu dan sayu saat membaca mesej dari abah. Di akhir mesejnya abah mohon maaf ats segala kesilapan abah.

Duhai ayahanda, apakah anakandamu ini layak menerima permohonan maaf darimu? Sesungguhnya tidak! Selayaknya anakanda ini yang sujud memohon ampun dan maaf darimu. Bukan ayahanda! Betapa adanya anakanda di sini, siapa anakanda kini, adalah kerana berkat doa dan asuhan ayahanda dan bonda! Ayahanda dan bonda tiada dosa tiada salah pada anakanda. Malah ayahanda dan bonda dunia anakanda. Ampunkan anakanda ini. Isk (T_T)

Bismillahirrahmanirrahim...

"Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam."

Wahyu pertama yang diturunkan pada RasulNya. Iqraq...bacalah. Mengapa Iqraq?
Kerana membaca itu sumber ilmu. Betapa Allah meletakkan kepentingan menuntut ilmu melalui perintahnya ini, disuruhnya kita membaca. Bacalah! suatu perintah. Dan bukan sekadar membaca, tetapi bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Betapa membaca dan pengkajian ilmu perlu didasari dengan Tauhid, yang menjadi asas kegemilangan ilmuan Islam suatu ketika dulu.

Dan wahyu pertama inilah, iqraq, yang menjadi falsafah IIUM yang aku cintai. Dan aku bawa bersama falsafah ini, terapkan di tempat baru kini.

Kini bersama teman sepengajian, Miss Suhaila, meneruskan perjalanan meneroka ilmu di gedung "Berilmu Berbakti" juga bersama2 teman2 baru.

Yang pasti, proses pencarian ilmu itu tidak terhenti di saat menerima segulung ijazah, atau bila tidak lagi bergelar pelajar. Pencarian ilmu itu perlukan sepanjang hayat. Gelaran pelajar hanya formality.

Semoga Allah permudahkan perjalan aku dan teman2 yg lain.
Insyaallah.
Doakan aku.


Isnin, Ogos 15, 2011

Home is where the heart is.


Alhamdulillah, dapat jugak sambut ramadhan kt kampung.
Hjg minggu lepas ikut makcik balik kg. Jimat tambang bas sbb pakcik yg drive. Hii...
Bestnya dpt buka posa dan sahur sama family.
Lepas rindu kt mak, ayah, adik2, tokwan, tokki, pakcik, makcik dan sepupu2.

Dan hari ni, bertungkus lumuslah nk setelkan urusan cuti belajar dan mstr akibat dr keja nakal aku buat before balik kg hr tu. Tu la sapa suruh nakal2 di bulan puasa ni, nasib baik tak kantoi.
Harap segala urusan dapat diselesaikan by bulan ni jugak. Tolonglah, mudahkanlah ya Allah!

Tp walaupn ber"masalah" begitu ttp puas hati dapat blk kg jmpa family :D
Sbb masa itu tak boleh dibeli.
Macam kalau majikan bagi cuti 25 dan 30 hari, kalau plh nk 25 hari maka kita dpt cuti 25 hari plus money reward for 5 days yg kt xamk tu, dan kalau amk cti 30 hr kt akn dpt cuti 30 hr dan tanpa money reward tu. Ada yg amk 25 hr sbb 5 hari lg blh dpt duit, ada yg amk 30 hr sbb dia nk masa yg lebih, mungkin blh spend pd family, holiday atau apa2 sj.

Home is where the heart is.

Hargailah masa bersama2 yang tersayang.







Selasa, Ogos 09, 2011

Tip khatam al-Quran sebulan Ramadhan


Dah baca Quran smpai mana bln Ramadhan ni?
Agak2 sempat tak nk khatamkan satu Quran sebulan Ramadhan ni?
Di sini ada tip yg blh membantu kita utk khatam Quran sebulan Ramadhan.
Ambil dr majalah Solusi no. 34 page 130.

Walopn agak lewat entry ni, walopn tgl lbh kurg 21 hr lg Ramadhan, insyaallah masih sempat lg nk khatam Quran Ramadhan ni, tp kn berusaha lbh gigih drp biasa la, tp tak mustahil pn, ini misi possible. Para ulama dulu2 pn ada yg blh khatam Quran setiap hari sekali, takkan kita xnk cuba kn walopn sekurang2nya sekali sebulan ni. ^^

So, masih belum lewat utk accomplish misi ni. Niat dh ada kn jd bertindaklah sekarang. Kalau org kata better late than never, sy kata BETTER NOW THAN NEVER! (^_^)
This is possible mission! ;D


Inilah contoh table yg di re-type dr majalah Solusi, kalau rs2 mls nk type beli je la majalah tu kt kedai {blh juga nk mtk softcopy kt saya, by email la..hee}

Rumus:
30 juzuk = 30 hari
1 juzuk = 1 hari
Baca 4 halaman stp kali selesai solat fardhu; kita blh khatam sekali dlm Ramadhan!


SELAMAT BERAMAL! ^^



p/s: bg wanita yg mn ada ms tertentu mrk xboleh bc quran, tolakkn hari yg uzur drp 30 hr puasa dan bahagikn bilangn juzuk (30) dgn jumlah hari yg tidak uzur itu, maka dptlah jumlah juzuk yg perlu dibaca sehari.

Isnin, Ogos 08, 2011

Puasa waktu dulu-dulu


Apa khabar puasa hr ni?
Dh masuk hari ke-8 puasa, makin baik dr sblmnya ke, sama saja ke, kurang baik khabarnya?

Rasulullah saw. bersabda yg brmksud: "Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah (pengampunan) dan akhirnya pembebasan drp api neraka".
(Riwayat Ibn Khuzaimah)

Selidik kembali puasa kita, msh sama mcm zaman kanak2 dulu, zaman remaja dulu, atau seperti setahun yg lepas? Harapnya lbh baik kn. Semakin meningkat usia harapnya semakin btmbh ilmu maka tingkat puasa pn harapnya semakin meningkat la. Kalau x meningkat pn harap tak merudum dr thn lepas. Isk2.

Aku pn kdg2 ada hari2 yg aku rasa ibadah puasa merosot sdkt, ada hari rs lbh baik, ada hari rs sama saja, macam iman yg kdg kala turun naik. Walau apapn sama2 lah usahakn yg terbaik, agar tak menyesal bl Ramadhan melambai pergi, sbb kt tak tahu mshkah ada peluang bertemu kembali.

Teringat puasa waktu dulu2, zaman kanak2.
Kenangan zaman kanak2 memori paling indah.
Zaman kanak2 aku sangat aktif. Biasalah, bdk kampung, ada ja outdoor aktiviti nk buat. Kerja seharian main ja. Balik skolah main, panas2 pn nk main. Tambah2 ada geng dgn sepupu2.

Time tu xde nya nk duduk ngadap PC men game, PC pn xda. Tak mcm skrg, bdk umo 4thn pn dh pndai komputer, pndai men game. Tapi xkuar peluh pn, mcmn nk sihat.


Kisah bdk kampong mcm aku ni dulu2 mmg adventurous. Dulu aku paling suka bc buku Siri 5 Penyiasat karya Enid Blyton {ada sapa2 yg tau?}. Ofcos la yg dh ditranslet ke B.Melayu. Kononya nk jd penyiasat mcm dlm buku cite tu la. Siap tubuh geng dgn adk2 n spupu2. Buat markas kt bwh pokok manggis blkg rumah, siap berperang dgn nyamuk. Smpai pasang ubt nyamuk lingkar nk halau mosquito. Ptg2 pulak naik basikal round kampung konon2 cari kes. Alih2 layan blues tepi sawah {kalau xkena kejar dgn lembu}, tak pn melepak rmh jiran mkn aiskrim free.

Aku xigt aku stat puasa penuh bl. Biasala, kecik2, kanak2 lagi, mak ayah suh puasa kita puasa. Bl penat main, haus, p mnum air paip senyap2. Bukannya kt rmh sendiri tp k rmh spupu sblh rmh, punyela nk jg rahsia. Buat2 kononnya tertelan air ms bkumur. Errr, bdk2 lain pn ramai yg mcm tu jugak kn? Hee...

Tu puasa zaman2 kanak2 aku. Bdk2 lagi, susah nk tahan dr mkn dan mnum spjg siang. Tapi bl dh besar panjang ni, yg plg ssh nk jg ialah anggota badan ni, pacaindera, dan hati. Mata, telinga, mulut tak terjaga dr lihat, dengar dan cakap benda2 yg kurang baik. Hati jauh dr sabar. Sia2 saja puasa bl sekadar menahan lapar dan dahaga tp x terdaya mendidik hawa nafsu. Isk2.


Mode: Muhasabah diri



Khamis, Ogos 04, 2011

Rezeki Ramadhan 1432h


Tahniah buat teman2 yg dpt sambung blajar!
Tumpang gembira bila bc status FB teman2 iium dulu ramai yg dh dpt tawaran sambung blajar. Insyaallah akn kembali bergelar student mulai September 2011 nt, kali ni postgrade student pulak.Hiii...

Aku yg kt sini xsabar tgu Miss Suhaila, dulu classmate ms kt iium, xlama lg nk jd classmate sama balik, kali ni kt upm pulak :)

Tahniah jugak kt opismet aku, Cik Hani Syahida sbb dh naik gaji! Excited aku dgr! So aku pn kn cepat2 hbskn mstr ni {err, start pn belum ni...aisey..} br blh naik gaji jugak. Dh ada mstr nt tangga gaji naik la skt. Heheh ;D

Rezeki Ramadhan. Nikmat Allah itu dlm pelbagai bentuk, pd bila2 masa, buat siapa2 saja. Kerana kebetulan nikmat itu dikurniaNya pd bln Ramadhan yg sedang dilalui sekarang justeru terasa ia rezeki Ramadhan. Ya, diabadikan sebagai Rezeki Ramadhan.

Khabar gembira diterima dalam bulan yg penuh berkat dan rahmat ni.
Pasti hati gembira berbunga riang.
(^_^)


Terima kasih Tuhan



4 August 2011
12:02 pm
Aku terima berita gembira
Berita yg ditunggu tp tak disangka.

Alhamdulillah!
Terima kasih Tuhan!
Rezeki Ramadhan!
Rezeki yg tak disangka2.
Sujud syukur padaMu Tuhan,
ats nikmat yg selalu Kau kurniakn...

Kadang aku malu,
padaMu dan pada diri,
bl sykur tak selalu,
sedangkan nikmat tak pernah putus Kau beri,
bl kdg kala tak mudah bg org lain,
sedangkan Kau tak susahkan bagiku...

Layakkah aku nikmati,
segala kurnia yg Kau beri,
sedangkan diri tak selalu diuji,
aku malu pd diri sendiri...

Tuhan,
jgn jadikan nikmat yg Kau beri
istidraj bg diri ini...

Dalam diam aku takut dan gentar.




Wajah baru


Cantek tak?

Terasa ayu la pulak.

Dan wangi.

Rs mcm dlm iklan Echanteur Paris.

Rs mcm di sini.


Hati riang
Oh sungguh indah
Saat kau lihatku
Ku terasa ayu
Lalalalala~


Ops, bukan aku la tp blog ni.
Tukar design baru.
Background baru ni, lawa tak?
Soft pink pulak kali ni.
Saje nk aura lembut dan tenang
Hee :D



Isnin, Ogos 01, 2011

Salam Ramadhan 1432h



Salam Ramadhan 1432h.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan, kerana pertemukan kami dgn Ramadhan kali ini. Diberi kesempatan bertemu bulan yg penuh mulia, penuh berkat, rahmat dan maghfirah.

Selamat menunaikan ibadah puasa, dgn penuh keimanan...

‎[Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan dengan penuh pengharapan diampunkan dosanya yang telah lalu.]
H.R. Bukhari.



p/s: Jum beli majalah Solusi Isu no.34 {bumper Ramadhan & Syawal}, ada checklist Ramadhan dan Agenda ibadah seharian sepanjang Ramadhan. (see pics below)

Checklist Ramadhan


Agenda Ibadah Sepanjang Ramadhan {siang}


Agenda Ibadah Sepanjang Ramadhan {malam}


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...