Ahad, Ogos 01, 2010

Mulai faham...


Hari ni 1 Ogos, dh genap sebulan aku jd guru ganti Johor, jauh di selatan tanah air, jauh dari keluarga, jauh dari rumah. Mula2 mengajar ada lah dlm 2-3 minggu jugak aku terkapai2 nk sesuaikn diri...dengan persekitaran sekolah, karenah murid2, ragam guru2, dan silibus yg jauh jauh panggang dr api dengan pengetahuan yg aku ada. Tiap2 hr sblm ngajar pd aku kn study dlu malamnya, fikir mcmn nk attract bdk2 dgn topik yg nk diajar, dan bila PJ nk kn fikir nk main apa, yang selamat dan bdk2 x gaduh2.

Awal2 mmg rs tension, rs susah sgt nk mengajar dan memahamkan murid2 dengan apa yg diajar. Rasa geram dgn murid2 yg bl aku tnya faham semua angguk tp aku tahu mrk sbnrnya x fhm, rs geram dgn diri sendri yg x dpt nk buat mrk faham, dan mcm2 rasa. Kadang2 mmg ssh nk fahamkan mrk sbb aku sndri x arif dgn subjek yg aku ajar. Lainlah kalau matematik, aku rs excited sgt bl bdk2 tnya aku soalan math sbb aku dpt fahamkan mrk. Tapi bl tentang Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik, Seni, P. Jasmani....oh...buat aku rs lemah....

Lagi dgn karenah bdk2 yg asyik nk bercakap saja dlm kls. Bila aku mula mengajar bdk2 mula buka mulut. Disuruh diam bdk2 x dengar...sbb degil dan sbb suara aku x kuat. Last2 aku yg senyap, baru kls snyap. Tak pn kn ada sorg bdk yg jerit "Diam la, x hormat cikgu ke!" Pastu br kls cool down skt. Ttg bdk2 yg degil pulak...nak marah x sampai hati. Bila marah selalu x jadi. Sampai ada bdk2 kata, "Cikgu, tegas skt cikgu". Ya, aku dh tegas, dh wat muka serius tp selalu x jadi, smpai kdg2 bl aku mrh bdk2 aku rs nk gelakn dr sndri, sbb tahu masti x jadi. Tp akhirnya skrg aku dh ada cr nk buat kls senyap ms aku mengajar,...kn jd PANGLIPURLARA! Kerja yg ssh bg aku tp dpt tarik perhatian bdk2...fuuhhh

Tapi...semakin hari.... apa yg aku lihat sebagai masalah itu sebenarnya mencipta suatu peluang buatku. Hanya berikan masa. Ya, masa. Jangan ditanya sampai bila kerana kita tak punya pengetahuan ttg masa depan.

Kini sebenarnya bnyk yg aku telah belajar, dari guru2, murid2, kanak2, persekitaran dan pengalaman yang bl dicantumkan mencipta suatu keseronokan. Dan setiap hari yg aku lalui di sini sebenarnya adalah hari2 utk aku mengajar dan belajar. Sementara waktu yg masih ada, akan aku berusaha utk jd seorg guru yg baik, yg tugasnya bukan sekadar mengajar tetapi mendidik, bukan sekadar ilmiah tetapi juga sahsiah.

*sentiasa berharap moga cepat berakhir...sbb...mahu pulang ke rumah...isk2...(mengadu kt ank murid rindu kampung halaman)




7 ulasan:

dodonut berkata...

apa yang kak af lalui sama macam dyh..yg penting akak amik pengalaman..tak semua orang dapat..apa2 pun good luck..kuatkan semangat

Asma’ AB berkata...

glad to hear you're getting better di sana.. walau nampak senarai subjek tu agak banyak, sure kak sgt3 penat kan? apapun, all the best.. pejam celik karang, waktu nak tinggalkan sekolah mesti rs berat.. hee~

yatiHanuni berkata...

hehehehe...besela tu kakaf...yati dari mule mengajar sampai habis, mmg tensen ngna budak2...dah la form 4!
then kne jadik garang..yati mmg marah,tengking,jerkah semua dlm kelas bg drg respek sikit and buat keje kite...
tp ken men psikologi gak la...

be a good teacher yg disayangi anak2 murid okeh!!!

rindu akak!!

sifaza berkata...

all da best afzan. i know u can do it. penat, jerih payah, susah senang tu smua insha'Allah berbaloi. ikhlaskan hatimu,ok.
besar pahala buat pendidik.
grab smua tu jd pengalamn berharga,ok. =))
muuuuaahh.. sayang kamu!

Tanpa Nama berkata...

jadilah seorang guru yang terbaik untuk anak-anak malaysia. anda boleh. usaha dan usaha. yang penting keikhlasan. sekiranya anda masih ragu-ragu, fikir semula alasan anda hendak menjadi seorang guru. azamkan dalam diri anda. anda pasti berjaya.

Aff berkata...

Oh My Dear Dodo, Asma', Yati, Timah...TQ so much dear!Doakn akk di cni, sedang belajar dari pengalaman ini...mematangkan diri =)Doaku agar kalian juga tercapai cita di hati.

Salam rindu utk semua, rindu kamuuuu!!!

Aff berkata...

>> Tanpa Nama <<
Terima kasih ats ulasan anda. Insyaallah, dalam singkat waktu yg msh ada ini akn berusaha utk berikn yg terbaik buat anak didik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...