Isnin, Ogos 30, 2010

Hati Malaya

1957 HATI MALAYA

Walau tidak sehati, mereka sejiwa...
Walau tak seiya, mereka sekata...
Kata dikota, bukan sekadar slogan tak bernyawa...

Akhirya dapat juga tgk filem ni, semalam. Ditayangkan di TV2. Filem ni dh lama, ms awal2 keluar dlu teringin sgt2 nk tgk, tapi tak berkesempatan. Lama2 dh tak ingat. Karya Suhaimi Baba, mmg hebat! Sejarah bagaimana usaha ke arah mempertahankan ketuanan Melayu dan menuntut kemerdekaan negara disingkap kembali, mampu nenuntun hati.


Semangat, sikap, pemikiran, bicara, tindakan...bandingkan dgn diri kita sekarang.


Teringat ms sekolah dlu2, belajar sejarah. Memang asyik. Lagi2 bl cikgu sejarah selalu bagi pandangan dr sudut yg berbeza, buat pelajar2 berfikir, bukan terima bulat2 sj apa yg tertulis. Memang sejarah x boleh diubah dan kt pn bukannya hidup sezaman dengan mereka2 yg terdahulu, tp berfikirlah.


Dan semalam juga tgk rancangan Remaja kt TV3. Ada rakyat Malaysia, belia Melayu, yg bl ditanya apa bunga kebangsaan negara disebutnya bunga MAWAR! Bunga mawar tu, bukan rose, dgn bahasa Melayunya yg betul! Tergelak skejap. Ish2, ada jugak yg tak tahu. Ya, sbb tak ambil tahu. Kalau disuruh sebut nama perdana menteri yg dlu2, rukun negara, tarikh kemerdekaan malaysia, maunya ada yg masih tak tahu. Itulah realiti.
Dan aku bagaimana?

Lagi satu, kt rancangan Remaja tu jugak disenaraikan gelaran2 PM seperti;

- Tunku Abdul Rahman > Bapa Kemerdekaan
- Tun Abdul Razak > Bapa Pembangunan

- Tun Hussein Onn > Bapa Perpaduan

- Tun Dr. Mahathir > Bapa Pemodenan

- Dato' Sri Abdullah > Bapa Pembangunan Modal Insan

- Dato' Sri Najib > Bapa Transformasi

(aku br tahu yg baru2 tu, tp tak terlalu awal ke utk memberi penilaian2 spt itu?dan dgn tempoh pentadbiran yg masih singkat?mmm...)


Apapun, salam merdeka utk semua rakyat Malaysia. Sama2 kita hayati erti KEMERDEKAAN itu sndri, pada diri, cara hidup, bangsa, agama, serta negara. Syukur dilahirkan di negara yg aman walau pelbagai bangsa dan agama.

*Apa erti merdeka pd aku?...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...