Isnin, Ogos 30, 2010

Hati Malaya

1957 HATI MALAYA

Walau tidak sehati, mereka sejiwa...
Walau tak seiya, mereka sekata...
Kata dikota, bukan sekadar slogan tak bernyawa...

Akhirya dapat juga tgk filem ni, semalam. Ditayangkan di TV2. Filem ni dh lama, ms awal2 keluar dlu teringin sgt2 nk tgk, tapi tak berkesempatan. Lama2 dh tak ingat. Karya Suhaimi Baba, mmg hebat! Sejarah bagaimana usaha ke arah mempertahankan ketuanan Melayu dan menuntut kemerdekaan negara disingkap kembali, mampu nenuntun hati.


Semangat, sikap, pemikiran, bicara, tindakan...bandingkan dgn diri kita sekarang.


Teringat ms sekolah dlu2, belajar sejarah. Memang asyik. Lagi2 bl cikgu sejarah selalu bagi pandangan dr sudut yg berbeza, buat pelajar2 berfikir, bukan terima bulat2 sj apa yg tertulis. Memang sejarah x boleh diubah dan kt pn bukannya hidup sezaman dengan mereka2 yg terdahulu, tp berfikirlah.


Dan semalam juga tgk rancangan Remaja kt TV3. Ada rakyat Malaysia, belia Melayu, yg bl ditanya apa bunga kebangsaan negara disebutnya bunga MAWAR! Bunga mawar tu, bukan rose, dgn bahasa Melayunya yg betul! Tergelak skejap. Ish2, ada jugak yg tak tahu. Ya, sbb tak ambil tahu. Kalau disuruh sebut nama perdana menteri yg dlu2, rukun negara, tarikh kemerdekaan malaysia, maunya ada yg masih tak tahu. Itulah realiti.
Dan aku bagaimana?

Lagi satu, kt rancangan Remaja tu jugak disenaraikan gelaran2 PM seperti;

- Tunku Abdul Rahman > Bapa Kemerdekaan
- Tun Abdul Razak > Bapa Pembangunan

- Tun Hussein Onn > Bapa Perpaduan

- Tun Dr. Mahathir > Bapa Pemodenan

- Dato' Sri Abdullah > Bapa Pembangunan Modal Insan

- Dato' Sri Najib > Bapa Transformasi

(aku br tahu yg baru2 tu, tp tak terlalu awal ke utk memberi penilaian2 spt itu?dan dgn tempoh pentadbiran yg masih singkat?mmm...)


Apapun, salam merdeka utk semua rakyat Malaysia. Sama2 kita hayati erti KEMERDEKAAN itu sndri, pada diri, cara hidup, bangsa, agama, serta negara. Syukur dilahirkan di negara yg aman walau pelbagai bangsa dan agama.

*Apa erti merdeka pd aku?...

Sabtu, Ogos 28, 2010

Embun di sudut mata...


Kelu.









Kelabu.





Tiada kata, tiada rasa, mampu diungkap.






Mendengar.....seakan anugerah.

Menerima.....umpama musibah.





Aku...dengan sejuta kekurangan.
Langkahku, tak sepantas mereka.
Pandangku, tak sejauh mata.
Bicaraku, tak mempengaruhi sesiapa.
Lantas...apa ukurannya?


Kelam.



*nil...

Khamis, Ogos 26, 2010

Eyes of pain!


Sedang sakit mata...huhu Syafakallah... Dah beberapa hari sakit mata..mata merah, bengkak & berair. Mujur sebelah mata je, harap2 cepatlah sembuh...dh xtahan...isk2. Ubat dh mkn tp xde tanda2 makin kurang pn. Try letak air zam zam, pun masih belum nmpk kesan. Sabar...ye kn sabar, lebih2 lg bln ramadhn ni. Tp menangis jugak aku petang smlm bl dh beberapa hr mkn ubt masih x surut2 bengkak& merah2 mata ni. Rs geram sgt, smpai menangis. Padahnya makin sembab la mata tu, nah rasakn... T.T

Dalam duk sakit tu ada 2-3 org ank murid aku msg, call tnya khabr. Isk2...terharu rs. Igt lg diorg kt aku walopn mengajar xlama. Bl aku ckp sakit mata, ada sorg murid tu ckp letak susu kucing kt mata! Adeh! Petua dr mn la ni, ade pulak letak susu kucing, nk amk susu kucing tu pn igt senang ke. Kang x pasal2 kn cakar ngn kucing. Kalu letak susu ibu tu mmg pernah dgr la. Ni susu kucing.........

Harap2 cepat la sembuh. Bnykn doa, ya semestinya. Hanya Dia yg berkuasa menyembuhkan.

* Ya Allah, sembuhkanlah sakit mataku in...amiin (T.T)

Rabu, Ogos 18, 2010

Interview

Semalam, selasa, ada interview di UPM, as a tutor. Kerana intvw ni terpaksa tolak tawaran IKIP sbb xdpt dtg hr isnin tu, isk2. Ni 1st time intvw aku utk kerja.

Aku org terakhir sampai, tepat2 jam 11am utk proses intvw spt yg tercatat pd surat. Yg dtg utk intwv utk Fakulti Sains ada 5 org semua termasuk aku. Tp semua yg dtg tu ada master, phd..........................................................aku sorg je br hbs degree, dh tu blum konvo pn lg. Errrk.

Walaupn x smpat prepare sgt utk intvw ni rsnya aku dh buat yg terbaik. Nasib baik x bnyk yg ditanya, tp aku mcm cerita bnyk pulak...

* harap2 ada tawaran kerja kt pntai timur sblm UPM panggil (andai dipanggil). tolong doakan...

Cerita cikgu




Minggu lepas minggu terakhir aku brtugas sbg guru ganti. Bila sudah mahu mula serasi harus melepaskn pula kerjaya yg menyeronokkan ni, biarpn sbg guru ganti sj. Masa yang ada dua hr sblm berhenti aku berikan sdkt tugasan utk ank2 muridku, mahu melihat hasil pengajaranku, dan tinggalkan secebis kenangan bersama sepotong pesanan buat mereka.

Sedih pula rasa, bila xlagi akan mengajar mrk. Banyaknya kenangan bersama mrk!
Mahu abadikan dlm blog ni, sekurang2nya biar jd memori utk aku.



~~~~~
> Stp pagi bila sj melangkah masuk pntu pagar sekolah pasti ada yg setia menunggu. "Cikgu, nak tolong boleh?". Suka sgt mrk kalau dpt tlg cikgu bw buku ke, beg ke, brg2 lain ke...

> Stp kali hbs mengajar berebut2 mrk nk tlg bw buku, beg, ke blk guru.

> "Cikgu, nak salam". Mula2 3 org je yg slalu tunggu tiap2 pg, lama2 dh jd 5, gara2 losyen yg aku pakai.Heheh :))

> "Fuyoo, cikgu pakai kasut crocs la! Brape ringgit ckgu?!" Adeh, bdk2 ni! Habis bising 1 kelas bl aku pakai kasut crocs g skolah. Padahal bkn ori pn. Bl xpakai bdk2 tnya pulak, mcm2.

> "Cikgu pakai baju ni dh 2 kali ek?" Errkk! Aisey bdk2 ni, xkn nk kn ada 30 pasang baju sbulan...huhu

> Cikgu sama tinggi ngn saya la!...... ades! (#_@)

> .............dan bnyk lagi!




Aahh...rindunya pd mrk! Paling terharu bl tiap2 hari ada saja msg @ call dr mrk. Sangat terharu.

* Baru saja dpr call dr Afzal, murid tahun 4U. Katanya Kajian Tempatan dh ada cikgu ganti td. Alhamdulillah, mujurlah. Emm, teringat tiap kali ms KT mst bdk2 akn tarik kerusi duduk depan, dan aku akn jd si panglipurlaranya.

Isnin, Ogos 09, 2010

Salam Ramadhan...

Salam Ramadhan...
andai ini yang terakhir, moga ia yang terbaik...


Awal Ramadhan ini tak dapat meraikannya bersama keluarga krn aku di sini, jauh. Hanya dapat kirimkan rindu dan salam ruh ramadhan.

Terkenang suasana di kampus dulu, pasti bnyk program telah diatur sempena bulan mulia ini. Saling mengingatkan peluang2 berharga yang datangnya hanya sekali setahun. Solat terawikh berjemaah, pastinya...Tadarus beramai2, khatam al-quran, berbuka puasa bersama teman2, sahur di hostel...semuanya mengimbau kenangan manis.

Kini walau tak lagi bersama, walau berjauhan, moga ruh Ramadhan itu terus semarak dlm diri yang kadang kala alpa bila jarang diberi peringatan...

Untukmu teman2 semua, jadikan Ramadhan ini yang plg bermakna. Bersama kita tunaikan rukun Islam ke-3 ini dan merebut peluang utk mendekatkan diri padaNya yg satu...=)

* Tuhan...leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku~

Ahad, Ogos 01, 2010

Mulai faham...


Hari ni 1 Ogos, dh genap sebulan aku jd guru ganti Johor, jauh di selatan tanah air, jauh dari keluarga, jauh dari rumah. Mula2 mengajar ada lah dlm 2-3 minggu jugak aku terkapai2 nk sesuaikn diri...dengan persekitaran sekolah, karenah murid2, ragam guru2, dan silibus yg jauh jauh panggang dr api dengan pengetahuan yg aku ada. Tiap2 hr sblm ngajar pd aku kn study dlu malamnya, fikir mcmn nk attract bdk2 dgn topik yg nk diajar, dan bila PJ nk kn fikir nk main apa, yang selamat dan bdk2 x gaduh2.

Awal2 mmg rs tension, rs susah sgt nk mengajar dan memahamkan murid2 dengan apa yg diajar. Rasa geram dgn murid2 yg bl aku tnya faham semua angguk tp aku tahu mrk sbnrnya x fhm, rs geram dgn diri sendri yg x dpt nk buat mrk faham, dan mcm2 rasa. Kadang2 mmg ssh nk fahamkan mrk sbb aku sndri x arif dgn subjek yg aku ajar. Lainlah kalau matematik, aku rs excited sgt bl bdk2 tnya aku soalan math sbb aku dpt fahamkan mrk. Tapi bl tentang Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik, Seni, P. Jasmani....oh...buat aku rs lemah....

Lagi dgn karenah bdk2 yg asyik nk bercakap saja dlm kls. Bila aku mula mengajar bdk2 mula buka mulut. Disuruh diam bdk2 x dengar...sbb degil dan sbb suara aku x kuat. Last2 aku yg senyap, baru kls snyap. Tak pn kn ada sorg bdk yg jerit "Diam la, x hormat cikgu ke!" Pastu br kls cool down skt. Ttg bdk2 yg degil pulak...nak marah x sampai hati. Bila marah selalu x jadi. Sampai ada bdk2 kata, "Cikgu, tegas skt cikgu". Ya, aku dh tegas, dh wat muka serius tp selalu x jadi, smpai kdg2 bl aku mrh bdk2 aku rs nk gelakn dr sndri, sbb tahu masti x jadi. Tp akhirnya skrg aku dh ada cr nk buat kls senyap ms aku mengajar,...kn jd PANGLIPURLARA! Kerja yg ssh bg aku tp dpt tarik perhatian bdk2...fuuhhh

Tapi...semakin hari.... apa yg aku lihat sebagai masalah itu sebenarnya mencipta suatu peluang buatku. Hanya berikan masa. Ya, masa. Jangan ditanya sampai bila kerana kita tak punya pengetahuan ttg masa depan.

Kini sebenarnya bnyk yg aku telah belajar, dari guru2, murid2, kanak2, persekitaran dan pengalaman yang bl dicantumkan mencipta suatu keseronokan. Dan setiap hari yg aku lalui di sini sebenarnya adalah hari2 utk aku mengajar dan belajar. Sementara waktu yg masih ada, akan aku berusaha utk jd seorg guru yg baik, yg tugasnya bukan sekadar mengajar tetapi mendidik, bukan sekadar ilmiah tetapi juga sahsiah.

*sentiasa berharap moga cepat berakhir...sbb...mahu pulang ke rumah...isk2...(mengadu kt ank murid rindu kampung halaman)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...