Sabtu lalu kali pertama aku join outdoor aktiviti fakulti. Program Jelajah Sains namanya,destinasinya ke SMK Dato’ Harun, tg. Karang, Kuala Selangor. Tujuan utamanya mahu perkenalkn university umumnya dan fakulti sains ni khasnya. Di samping tu untk memberi motivasi kpd pelajar2 utk blajar rajin2, bersungguh2, smpai dpt masuk university. Ilmu dan pendidikan, mampu mengubah nasib diri. Teringat pesanan mak aku lps dpt result pmr ms form 3 dulu; “dgn ilmu manusia mampu mendapatkan wang”.
Seawal {dh lewat sbnrnya} jam 6.45am kami bertolak dgn bas. Seramai 25 org kot staf yg join {stp jabatan kn anta 5 wakil}. 2jam jugak nk smpai Tg. Karang. Jam 9am bermula aktiviti d skolah. Motivational Talk disampaikan oleh dekan, pembentangan dr stp jabatan utk perkenalkn ‘kehebatan’ jabatan masing2, dan last skali demo dr jab kimia. Sesi d skolah berakhir jam 1 tgh.
Kata org kalau dtg Tg. Karang or Kuala Selangor kn try dia pnye Nasi Ambang. Penah dgr nasi ambang/ambeng? Makanan org jawa, kt cni rmai yg keturunan jawo.
Lps mkn dekan ajak p mlawat n solat kt kg beliau {dekan org cni rupanya}. Mak aihhh, cantiknya sawah padi! Saujana mata memandang! I feel so kampung! True Malaysian! Hehe... Rs mcm dlm cerita Nur Kasih. Cantek kampung ni, sawah padi kiri kanan, udara segar, angin nyaman, padi hijau, rs nk berenang2 atas angin~~~ {layan blues~}
Lps solat zuhur kt surau kg terus bertolak p Bkt Malawati. Aktiviti seterusnya menuju puncak, mendaki bkt malawati...melalui tangga je, jd xdenye nk merempuh onak dan duri nk smpai puncak. Panjat tangga je, kalo xnak nek tangga ada tren bw penumpang bersiar2 smpai puncak. Bkt ni slh satu tempat pelancongan menarik kt Slangor ni. Ada apa kt cni?
Yg menriknya kt ats ni ada mini muzium, yg simpan artifak2 lama yg berkaitn, info2 psl bkt malawati dan tinggalan2nya. Kalau msuk dlm ni blh la tgk meriam2 lama, pelbagai saiz peluru ada, bulat2, mcm peluru yg diguna utk sukan lontar peluru tu, nmpk berat. Peluru ni diperbuat dr batu ke besi eh?pastu mcmn blh meletup eh?ada belerang ke kt dlm peluru tu? Aku tertnya2 dlm hati sbb xde info psl tu n aku pn xtau. Yg aku br tau “canon” tu peluru rupanya dlm BI,hii...Kalau xdtg cni mst aku igt Canon tu jenama kamera je. Hee ;p
Kalau dtg cni jgn lupa amk kesempatan bc info2 psl tmpt2 bsejarah kt bkt malawati dan Kuala Selangor ni, ada;
1. Batu Hampar {tpt pancung pesalah2, ada yg kt tpt psemadian sultan Selangor dulu}
2. Telaga Beracun {pesalah yg dihukum dimasukkn dlm telaga ni, kmudian air ramuan akar2 kayu beracun dimasukn smpai paras dagu pesalah, dibiark tersiksa hga akhinya mati}
3. Makam Anak Dara {sempena memperingati kisah seorg gadis yg kn kahwin paksa oleh keluarga, di mlm perkahwinan dia hilang tanpa dpt dicari, akhirnya gadis tu dtg dlm mimpi mak/ayh dia bgtau agar dia jgn dicari lagi sbb dia dh selamat, berada d tpt lain, dan dia tinggalkn selendang yg mn selendang tu betul2 ada bila mak/ayh dia terjaga dr mimpi tu} [agaknya gadis tu dh msk alam bunian,err]
3. Tangga 100 {ada 100 ank tangga}
Dan mcm2 lg la. Kalau nk tau bkt Malawati ni jugak djadikn tpt melihat ank bulan {nak puasa nt blh la dtg tgk mcmn mencerap ank bulan Ramadhan}. Kt cni pn bnyk monyet, monyet dia ekor pnjang lurus, color kelabu mcm koala, jinak dan kacau org. Kalau org bg mknan monyet2 tu amk, tp xde pula monyet2 tu rebut mknan org. Pastu pndai posing kalau org nk amk gmbar. Tp aku xberani jugak nk dekat, heh.
Itu br cerita psl bkt Malawati, bnyk lg tmpt menarik kt Kuala Selangor ni. Ada 2 kmpung tpt utk tgk kelip2, ada bukit lain yg msg2 ada cerita, bak kata mmg bnyk lah. Kalau nk merasai pengalaman berada di zaman laksamana dtg lah cni, hehehe.
Berbalik kpd program kami, jam 4pm ktorang gerak trn bukit, amk bas dan bertolak balik. Jam 6.30pm br smpai fakulti. Penat berjln seharian, mlmnya sakit2 bdn, first time pnjt bkt, tmbh dh lama tak beraktiviti lasak. Walaupn penat semua org enjoy dan gembira. Msg2 tunggu Menuju Puncak yg ke seterusnya! {dgr ura2 nk pnjt Gunung Ledang pulak, jmpa puteri,hiii}
Sekian saja laporan Program Jelajah Sains. Ahaks!
p/s: pernah bercita2 nk jd tour guide, kalo blh buat part time hjg mgu pn jadilah! saya nak! :D