Selasa, Disember 07, 2010

Dan musim pun berubah



Hijrah dari 1431 ke 1432.
Hijrah itu perpindahan.
Beralih tempat.

Lantas moga hijrah itu disertai perubahan.
Perubahan yang baik.

Mahu berubah...memang susah.
Tinggalkan sesuatu yang telah lama sebati dalam diri.
Lari dari sesuatu yang sentiasa ingin dikejar.

Tapi andai itu yang dituntut,
andai itu yang terbaik,
maka mulakanlah langkah,
biarlah walau setapak,
sekurang-kurangnya ada usaha,
biarlah walau hnya niat atau azam,
sekurang-kurangnya kita ada sesuatu yang ingin dicapai.

Dan biarlah kalau hnya cuma angan2 Mat Jenin pun. Mat Jenin angan2nya besar tapi tak mustahil pun. Cuma dia tersilap langkah terlalu excited masa di puncak pohon kelapa lantas lupa di mana tempat dia berpijak. Sebab tu Mat Jenin jatuh dan tamatlah riwayatnya.
Kalau hari ni dia masih hidup mungkin dia dh kaya raya, mcm yg diangan-angankannya.
Sebab angan-angannya membina, bukan angan2 kosong.
Jadi kalau org kata tu angan2 Mat Jenin, maksudnya angan2nya itu x mustahil utk menjadi realiti.


...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...
(Ar-Ra'd; 11)


dan kerana Tuhan tak akan mengubah nasib kita melaikan kita sndiri mahu mengubahnya,
jadi bertahanlah,
walau sekuat mana dugaan,
sabarlah hadapi,
kerana Dia sentiasa di sisi...


Dan Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(Al-Baqarah; 286)


Jadi setiap apa yang Dia datangkan pada kita itu, adalah yang mampu kita hadapi...kn? (^_^)







p/s: mahu jadi aku yang lebih baik dari aku yang dulu walau mungkin ada aku yang suatu masa dulu lebih baik dari aku yang sekarang tapi moga aku yang kini dan akan dtg mampu jadi aku yang lebih baik dari aku yang mungkin suatu masa dulu ada yang lebih baik...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...