Khamis, Disember 30, 2010

Syabas dan Terima Kasih!




31 December 2010.
Hari terakhir, penutup tirai 2010, diumumkan cuti bagi rakyat Malaysia!

Kerana kemenangan pasukan bola sepak malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi.

Walopn tewas 1-2, tp tetap menang dgn agregat 4-2 thdp Indonesia.
Syabas dan tahniah buat anak didik K. Rajagobal, skuad bola sepak negara!


Yang mencuri tumpuan aku mlm td ialah Safee Sali dan penjaga gol malaysia, Khairul Fahmi.

Safee Sali, mantap! Dh agak msti dia dpt jaringkan gol utk Malaysia. Dan tgk dia senyum lebar, fuuhh, hee.
Dan Fahmi, kemas! Tgk dia selamakan bola dr masuk gol, fuh, kemas sekali. Mantap.


Skuad bola sepak Indonesia pn x kurang juga. Mencuri sedikit perhatian. Kerana nama2 pemainnya yang mungkin agak unik bg aku; Firman, Hamka, Nasuha... Perkataan yg selalu didengar tp x sangka ada yg namanya sebegitu.
Dan Irfan yg ada gaya muka mcm pelakon sinetron serta penyokong2 wanita indonesia yg sekali sekala difokuskn oleh kamera, cun2 dan lawa2 sume. Hee..

Apapun tahniah buat skuad bola sepak Malaysia.

Dan terima kasih kerana menang.

Dapat cuti esok hari!
Hehehe ^^



p/s: apa plan cti 3 hr ni? rs rindu pd Kuantan...mungkinkah ke sana?

Rabu, Disember 29, 2010

Konvensyen Fakulti Sains 2010



Alhamdulillah...
Selesai sudah Majlis Konvensyen Sains 2010 semalam.

Program pertama yg aku terlibat sejak baru dua bulan masuk kerja ni sbg ahli jawatankuasa.
Dan diberi tanggungjawab utk mengacarakan majlis tersebut!

Belum pernah aku acarakan sebarang majlis sebelum2 ni, dan tiba2 aku dimnta utk jadi pengacara majlis perasmian konvensyen tersebut.
Sbnrnya hnya jadi backup MC, tp memandangkan MC yg dilantik menolak tawaran tu ats sbb cuti belajar, maka haruslah aku yg kena.

Dan aku terima dengan rela. Bila lagi peluang mcm ni akan datang. At least aku cuba, ini pengalaman. Biarpun ada rs takut, tp... aku nmpak sesuatu di sebaliknya.


Dan di hari kejadian...

VVIP yg dtg ialah Timbalan Naib Canselor utk majlis perasmian.

VIP lain ialah Dekan, Timbalan2 Dekan, Ketua2 Jabatan, Ketua Pustakawan.

Profesor2, pensyarah2 dll.

Dan aku berdiri di hadapan para hadirin, seorang diri. Fuh, mmg ada rs gugup, gementar, gemuruh, kaku, sejuk, semua bercampur baur.
Nasib baik aku x knl sgt siapa yg berpangkat siapa tidak, jadi, dr sudut pandangan mata aku semua adalah sama, setaraf. Hee... Jadi hilanglah rasa2 yg tidak enak td.

Dan, isk2, aku akui ada membuat beberapa kesilapan pd pembacaan text MC, huhu. Ya, mmg ada rs gugup, gementar, gemuruh, kaku... tp itu tak mengganggu sbb aku boleh kawal dengan baik, awal2 saja perasaan mcm tu ada. Tp yg problemnya... i talk too fast! Mmg aku akui aku cakap laju, tapi jelas. Cuma terlebih speed.

Walau apapun, berjaya juga akhirnya.^^

Thans God (^_^)

Dan terima kasih kpd semua, yg bnyk membantu.
Dan makin bertambah kenalan aku di sini.
Luaskan pergaulan, lebarkan kenalan. Hehehe.


Enjoy the moment.

In love, dgn bidang baru ini.

Dream comes near.

(^___________^)V

Kisah minggu lepas

Bismillahirrahmairrahim

Lamanya rs x update blog. Tak berkesempatan + terlalu bnyk cerita + tiada mood menulis.

Baru saja lepas satu program besar, err...kira program besar la, program fakulti, semalam.

Minggu lepas ada lecture series 3 hari, ttg Regression Analysis and Its Application, by Prof. Imon, anjuran INSPEM. Sedang senang-lenang temankan kawan g klinik dan breakfast, nasib baik Dr. Habshah call kalau tak mmg aku xtau pun psl lecture series ni. Bukan selalu ada peluang nk attend seminar yg mcm ni.

Tiga hari, 12 sesi lecture, buatkan aku fall in love again dgn Statistik dan Mathematic. Semangat yg hampir nk pudar bercambah kembali, thanks God. (^_^)

Then ada final meetting konvensyen fakulti, prepare text utk pengacaraan majlis, dan hujung minggunya 2hari bersenang-lenang g cycling, shoping, kayaking dgn hosmet2 yg ada. Minggu yang full, penat tapi betul2 nikmat. hehehe...dan err...maaf xdpt g kenduri Tatt dan Ilah, huhu...=(
Lepaskan perasaan x dpt g kenduri kawan2 dgn memenatkan diri buat aktvt lasak. huhu..

Rabu, Disember 22, 2010

In love


IN LOVE...








Thanks God, for makes me fall for it...again...

Ya, hati rs berbunga2.
Indahnya hari bila ceria.
Cerianya hari bila semangat.
Terima kasih Tuhan berikan aku semangat itu.

Cantiknya Statistics & Mathematics itu.
Biarpn complicated tp lebih buatkan rs ingin memahaminya.
Bila dh faham bertambah suka.
And...in love (^_^)*

Luasnya masih belum jelas pd pndangan mata, tapi sangat ingin mahu teroka!






"When things are simple, don't make it complicated" (Prof Imon)

Selasa, Disember 14, 2010

Stay








No goodbye











Jumaat, Disember 10, 2010

Lets make a deal



Buat yang mahu aktifkan mn2 sel neuron yang sedang lena.
Lets think for a while.

Katakan anda diberi 3 buah kotak; A, B,C. Dalam salah satu kotak tersebut terdapat hadiah yang lumayan. Anda dkehendaki memilih satu kotak.

Kemudian, setelah anda memilih kotak yang diinginkan saya bukakan bagi anda mana2 satu kotak yang tidak dipilih oleh anda dan tiada hadiah di dlm kotak tersebut. (Semestinya saya tahu kotak mana yang punyai hadiah)

Kemudian saya tanyakan pada anda, sama ada anda mahu menukar pilihan kotak yang telah anda buat atau mahu terus yakin pada pilihan kotak anda tadi?

Sekarang, anda fikirkan, patutkah anda menukar pilihan kotak anda, atau terus yakin pada pilihan yang telah dibuat sebelumnya?

Pilihan anda cuma dua;
1- menukar pilihan
2- tetap dgn plihan asal

"Should you switch boxes or does it really matter?"

Think... and give me the reason~




p/s: dari sudut matematik

[tp mungkin ada jawapan dari sudut lain yg mungkin sy tak tahu? kongsikanlah]


Tanya sama alam




Tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
tanyalah angin

tanya sama angin
apa sebab goyang
nanti jawab angin
tanyalah awan

awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair

lihat dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang

bayang pun hilang...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Selasa, Disember 07, 2010

Dan musim pun berubah



Hijrah dari 1431 ke 1432.
Hijrah itu perpindahan.
Beralih tempat.

Lantas moga hijrah itu disertai perubahan.
Perubahan yang baik.

Mahu berubah...memang susah.
Tinggalkan sesuatu yang telah lama sebati dalam diri.
Lari dari sesuatu yang sentiasa ingin dikejar.

Tapi andai itu yang dituntut,
andai itu yang terbaik,
maka mulakanlah langkah,
biarlah walau setapak,
sekurang-kurangnya ada usaha,
biarlah walau hnya niat atau azam,
sekurang-kurangnya kita ada sesuatu yang ingin dicapai.

Dan biarlah kalau hnya cuma angan2 Mat Jenin pun. Mat Jenin angan2nya besar tapi tak mustahil pun. Cuma dia tersilap langkah terlalu excited masa di puncak pohon kelapa lantas lupa di mana tempat dia berpijak. Sebab tu Mat Jenin jatuh dan tamatlah riwayatnya.
Kalau hari ni dia masih hidup mungkin dia dh kaya raya, mcm yg diangan-angankannya.
Sebab angan-angannya membina, bukan angan2 kosong.
Jadi kalau org kata tu angan2 Mat Jenin, maksudnya angan2nya itu x mustahil utk menjadi realiti.


...sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...
(Ar-Ra'd; 11)


dan kerana Tuhan tak akan mengubah nasib kita melaikan kita sndiri mahu mengubahnya,
jadi bertahanlah,
walau sekuat mana dugaan,
sabarlah hadapi,
kerana Dia sentiasa di sisi...


Dan Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(Al-Baqarah; 286)


Jadi setiap apa yang Dia datangkan pada kita itu, adalah yang mampu kita hadapi...kn? (^_^)







p/s: mahu jadi aku yang lebih baik dari aku yang dulu walau mungkin ada aku yang suatu masa dulu lebih baik dari aku yang sekarang tapi moga aku yang kini dan akan dtg mampu jadi aku yang lebih baik dari aku yang mungkin suatu masa dulu ada yang lebih baik...


Isnin, Disember 06, 2010

Hari terakhir 1431h

Hari terakhir 1431h
Esok menjelang pula tahun baru...1432h

Moga segala azam telah sempurna
Sekurang-kurangnya ada yg telah dilaksana
Walau tidak sepenuhnya...

Mungkin azam boleh dijadikan satu platform, utk mengukur diri kita sendiri. Apakah tahun ini yg telah kita jalani lebih baik dari tahun yg sebelumnya.

Berubah ke arah kebaikankah kita?
Adakah kejayaan yang telah kita cipta?
Makin matangkah emosi, pemikiran, tingkah laku, dan tutur kata kita?
Makin dekat atau jauhkah kita dariNya?

Apapun, berusahalah utk jadi yang terbaik di sisiNya.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH
1432h
(^_^)


p/s: Jgn lupa baca doa akhir tahun hijrah hari ni di akhir waktu asar dan doa awal tahun hijrah selepas solat magrib hari ini.

Ahad, Disember 05, 2010

Dream a little dream of...




sweet dreams till sunbeams find you
sweet dreams that leave all worries behind you

but in your dreams whatever they be

dream a little dream of me...




p/s: bintang selatan

Sabtu, Disember 04, 2010

~~<@




Selamat pagi...
dan selamat berhujung minggu semua...

Moga harimu indah
~~{<@


Rabu, Disember 01, 2010

Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada



Andai syurga dan neraka tidak ada...

adakah amalan kita masih kekal sama?

Beribadah...kerana takut pada seksaan neraka

Beribadah...kerana mahu mendapat nikmat syurga

Yang jahat ditinggalkan, yang baik dikerjakan
agar tiada dosa justeru menjadi penghuni neraka
agar pahala berlipat ganda justeru beroleh nikmat syurga?

Andai Dia tidak mencipta syurga dan neraka, apakah kita hambaNya ini masih mahu sujud pada Dia Yang Maha Esa?

Tanyakan pada diri sndri
dan carilah mana jawapannya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"ANDAI SYURGA DAN NERAKA TIDAK ADA"
by Muhammad Hassan Basri


Baru mahu memulakan pembacaan buku yg baru dibeli hujung minggu lepas

Nanti aku kongsikan bersama di blog ni apa yg dibaca ya
Moga kita sama2 beroleh manfaat =)



p/s: Fizah, dipetik dr buku ni kata2 Rabiatul Adawiyah yg ditulis pada entry "Salam pagi..." di bwh, hee...mesti berminat kn? entry ni khas utk fizah (^_^)

p/s: terima kasih utk kamu, my beloved cousin yg temankanku ke MPH, jumpa buku ni =)


Moga hari ini...@};-




moga hari ini lebih baik
moga hari ini lebih sihat
moga hari ini lebih bersemangat
moga hari ini lebih yakin
moga hari ini lebih berani
moga hari ini lebih cekal
moga hari ini lebih rajin
moga hari ini lebih fokus
moga hari ini lebih sabar
moga hari ini lebih kuat
moga hari ini lebih sistematik
moga hari ini lebih bersedia
moga hari ini lebih ingat
moga hari ini lebih tersusun
moga hari ini lebih ceria
moga hari ini lebih matang
moga hari ini lebih berdikari
moga hari ini lebih cemerlang
moga hari ini lebih....

daripada semalam
bagiku


-doaku padaMu-



Always on my mind






Apa khabar dirimu hari ini?...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...