Selasa, November 16, 2010

Aidil Adha 1431h ^^



Salam aidil adha 1431h.
Kpd semua teman2 dan yg singgah baca blog ni, selamat hari raya aidil adha ku ucapkan. Sama2 kita ambil iktibar akan erti sebuah pengorbanan.


Pengorbanan...menuntut sesuatu yg kita suka, yg kita sayang, yg sukar kita lepaskan. Hanya yg benar2 ikhlas shj akn mudah merelakan pergi apa yg dia miliki dan cintai. Tapi ikhlas itu rahsia Allah, hanya Dia yg Maha Mengetahui.


Membaca dan mendengar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail memang mudah. Tapi betapa payahnya sebenarnya berkorban...dgn ikhlas kerana Allah. Sbb tu dlm Islam ada tahap2 tertentu bilamana mahu berkorban.


Yg mula2 berkorban harta. Tapi mahu berkorban harta ni pn punyalah susah, apatah lagi berkorban jiwa. Semakin bnyk harta, semakin susah mahu dikorbankan walau hnya sbhg kecil dr harta yg bnyk itu, diinfaqkan pd jln allah. Sbb tu dlm islam adanya zakat. Keluarkan zakat bg mensuci harta yg kita ada.


Korban sembelihan pd hr ry aidil adha...itu sunat muakkad, yg dituntut. Keluarkan sedikit dr harta yg kita ada utk lakukan korban. Tp rmai yg mengeluh, skrg harga lembu, kambing, unta mahal. Iya, betul. Tapi bg yang mampu, yg dh tahu itu sunat muaakad, apa salahnya kalau kita kumpul duit dr awal thn utk beli walau hnya 1 bahagian dr sembelihan utk korban hari raya. Nt bila dh tiba aidiladha, boleh kita persembahkan korban sembelihan pd Allah. Bukan titisan darah binatang korban yg akan smpai pd Allah tp pengorbanan yg ikhlas yg mampu kita persembahkan.


Bila dh sanggup korbankan harta barulah dpt berkorban jiwa. Berkorban jiwa semata2 krn Allah, seperti Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as. Sanggup menyembelih dan disembelih, yang akhirnya Allah gantikan dgn yg lbh baik.


Menghitung2 diri sndri, apakah sudah sanggup aku lepaskan apa yg aku ada. Andai masih x sanggup......nmpknya masih dunia lbh aku cintai. Krn cintakan dunia mungkin, maka xsanggup kita lepaskan apa yg kita ada, betulkah? huhuhu...
(T_T)

Dan esok di Malaysia, kita akn menyambut aidil adha. Sama2lah kita muhasabah diri. Dan utk dikongsi bersama, kita disunatkan (maaf, xpasti disunatkan atau digalakkan) utk mkn SELEPAS solat sunat hari raya aidil adha. Kalau aidilfitri digalakkan mkn SEBELUM solat hari raya. Dan mulai malam ni dh boleh bertakbir hingga 13 Zilhijjah.




Akhir kalam,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA @ KORBAN (^_^)


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...