Sabtu, Jun 19, 2010

Hari Keluarga

Hari keluarga...
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga hari keluarga ini diadakan. Atas usaha dan perbincangan bersama adik beradik mak a.k.a. pakcik/makcik ku.
Lalu petang khamis smlm 8 keluarga berkumpul bersama, tepi pantai. Riuh rendah jadinya, dengan sepupu2ku yg ramai, kecik2 semua, berkejaran menjerit2 gembira.
Bila semua dh ada, acara bermula. Solat magrib dan isyak berjemaah, solat hajat dan bacaan yasin, berbumbungkan langit sambil disapa bayu laut.

Selepas itu ada BBQ, bakar2 ayam, ikan, sotong. Makan2 ramai2 smbil bergurau senda. Gembira rasa bila tgk semua gembira, seronok. Bila hampir jam 12 kebanyakannya dh masuk tidur. Tp ada yg mahu berjaga. TV dlm resort dibawa ke surau, mahu tonton bola! Tgh demam world cup! Bila tgk ramai2 ni lg best la.
Hmmm...nmpaknya ada yg hilang seketika...tercari2 juga...

Esoknya usai subuh aku terus ke pantai. Mahu tgk matahari terbit. Cantik.

Menunggu mentari terbit...

Belum pun 7.30am dh rs panas. Sinarnya terbias, keemasan...

Paginya ada sukaneka selepas sarapan, utk semua x kira kanak2, dewasa, tua, muda semua main. Ada tiup belon, rebut gula2, cari gula2 dlm tepung, sepak bola, baling telur dan mcm2 lagi. Habis saja sukaneka semua bergegas ke pantai pula, mahu mandi laut! Tinggalkan yang ibu2 sediakan makanan tghari. Hehe... Aku pn ikut sama. Join pakcik2 dan sepupu2ku main bola tampar dlm air. Nak berenang x tahu. Tak hiraukan sang mentari yg tegak tinggi di atas kepala, sanggup berpanas. Yg masih kecil mandi manda di gigi pantai smbil diawasi.

Starfish yang banyak di sini.

Sebelum makan tengahri ada acara penyampaian hadiah. Juga ucapan dari tokki, atuk kesayanganku. Tokki gembira, bila anak2 dan cucu2nya berkumpul bergembira bersama. Ada riak terharu di wajahnya, bersama tokwan. Dan selepas zohor selesai sudah semuanya, bertolak pulang ke rumah msg2. Ada yg akan berjalan jauh esoknya. Semoga ukhuwah ini terus utuh. Yg pasti akan dtg akan ada lagi hari keluarga spt ini...

p/s: Ada yg tak terungkap dgn kata2...terima kasih utk memori yg tak dapat dilupakan ini...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...