Ceramah 2 jam yg sangat bagus sekali, sgt membuka minda, wacana pemikiran-suatu pemikiran yg blh ditolak dgn pemikiran yg lbh baik. Memperkatakan epistemologi falsafah yg merangkumi:
metafizik
|
matematik
|
sains tabii
|
teknologi
See, ianya mengikut hierarki, teknologi plg bwh, metafizik (beyond fizikal, ilmu ketuhanan) plg atas. Ya, kajilah apa2 saja sedalam dan sejauh mana pn ilmu tersebut akn
membawa penemuan kpd The Creator of all creations. Inilah yg cuba dihapuskan oleh barat, menafikan kewujudan Tuhan, lalu memisahkan sains tabii dan metafizik, lantas menukar skema kesepaduan falsafah.
Lihat sejarah ketamadunan yg lps, ketika barat dlm zaman kegelapan, tamadun islam sedang berkembang pesat dgn asimilasi dan penyebaran ilmunya. Tertubuhnya universiti2, lahirnya para ilmuan dan saintis agung yg pd ms yg sama abid yg zuhud, pelopor ilmu matematik, medical, optik, astrologi, astronomi dsb.
Kajian ilmuan Islam berkembang pesat hingga smpai ke barat. Di barat kajian ilmuan Islam menjadi bahan rujukan. Sudah tentu ilmu2 tersebut membawa kepada mengenal yg Maha Pencipta Tuhan yg Maha Esa, tp barat menafikan kewujudan Tuhan, lalu saintis yg mengiakan ketuhanan dihukum bunuh, meninggalkan peluang yg tiada utk menegakkan kebenaran. Sejarah diubah, ilmuan Islam tinggal tiada nama, bahkan barat memberikan hak kpd para saintis mereka menjunjung nama kononnya merekalah pelopor segala ilmu berkenaan, menyalahkan yang kalah membenarkan yang menang. Hingga kini kebenaran yg sebenar cuba disorokkan, sejarah diputar belit dan kita hari ini terus percaya pada pemikiran mereka. Dipisahkan sains dari ketuhanan, mana mungkin kita maju. Dijadikan teknologi matlamat utama kemajuan, harus bagaimana pembangunan sakhsiah masyarakat. Kita bulat2 percaya dan mengambil segala apa yg dibawa barat. Law of God menjadi Law of Nature.
Lihatlah kembali ke belakang, bukan utk mundur tp melihat sejarah utk mencari memonteum ke depan.
Ya...kebenaran itu pahit untuk diperkatakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan